Keberanian Rasulullah di Medan Perang

Tidak seperti raja atau jenderal militer yang hanya asyik di belakang pertempuran dengan perintah dan komando. Rasulullah adalah pemimpin sejati yang tidak hanya memerintah tetapi beliau juga memberi keteladan tentang keberanian.

Beliau tak sungkan untuk turun langsung ke medan perang dalam membela agama Alloh.

Sejarah telah mencatat keberanian beliau diantaranya :


Saiyidina Ali bin Abu Talib r.a. adalah pahlawan yang selalu turut berperang di samping Rasulullah SAW, Beliau pernah menceritakan betapa beraninya Rasulullah di dalam suatu peperangan, katanya: “Baginda sangat berani mendekati kubu-kubu pertahanan musuh. Sewaktu tentera Islam menghadapi tentangan dalam peperangan Hunain dan banyak pejuang-pejuang Islam yang lari, baginda sendiri tidak keluar dari barisan pertahanan bahkan mengatur arahan dari atas kuda di tengah-tengah serbuan musuh. Akhirnya baginda berhasil mengumpulkan pasukan yang perpecah-belah itu untuk meneruskan perlawanan.”
Sewaktu tentera Islam terkepung dalam peperangan Uhud, Rasulullah SAW sendiri mendapat luka, sahabat serta musuhnya menyangka baginda sudah tewas. Maka pada saat-saat yang mencemaskan itu, baginda memaksa dirinya tampil ke depan seraya berteriak: “Di sini Muhammad! Rasulullah! Aku masih hidup!.”
Pernah pada suatu malam penduduk kota Madinah menjadi gempar sebab terdengar bunyi riuh-rendah musuh yang cuba menyerang kota Madinah. Pasukan tentera Islam segera berkejar ke tempat tersebut dan mendapati Rasulullah SAW telah berada lebih dahulu di situ. Baginda berkata kepada pasukan yang datang itu: “Musuh telah lari, keadaan telah aman, mari kita pulang.”

My Blog List